Festival Larian Amal Rentas Bangsa (Festival LARENSA 2026)
Dirangka sebagai satu inisiatif proaktif untuk mempertemukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam satu wadah yang menyatukan elemen sukan, kesihatan, dan amal kebajikan.
Program ini bukan sekadar sebuah acara larian atau pesta ria semata-mata, malah ia merupakan satu Larian Amal (Charity Run) yang bermatlamat untuk mengumpulkan dana bagi Misi Menara Gading Sanggar Suri Malaysia. Melalui inisiatif ini, sebahagian daripada hasil kutipan pendaftaran dan sumbangan akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan buat pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Setiap penajaan dan penyertaan dalam Festival LARENSA 2026 adalah pelaburan langsung kepada masa depan pendidikan anak bangsa.
Larian Amal Rentas Bangsa (LARENSA) 2026
Rasai sendiri pengalaman larian di kawasan pinggir bandar dengan berpakaian busana tradisional sambil ditemani dengan suasana alam yang tenang dan disajikan dengan sajian tradisional sepanjang trek larian.
Festival LARENSA
Selami keunikan seni dan keindahan budaya berbilang bangsa melalui pelbagai persembahan dan aktiviti kebudayaan. Nikmati juga pelbagai jenis juadah makanan tradisional di gerai-gerai jualan yang disediakan.
Festival Gaya Hidup Sihat LARENSA
Sertai Festival Gaya Hidup Sihat LARENSA untuk saringan kesihatan dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas, saringan khas untuk wanita, pameran kesihatan dan pelbagai lagi dibawa khas oleh KKM dan MAKNA. Semuanya PERCUMA!
Butiran Program
Tarikh : 26 September 2026
Tempat : Festival LARENSA : Desa Melor, Serendah, Selangor
Larian Rentas Bangsa: Melalui Desa Melor, Desa Anggerik, Perigi Tujuh Serendah dan Kampung Orang Asli Serendah, Serendah Selangor
Masa : 6.00 Pagi Hingga 3.00 Petang