Siapa Kami?

Diasaskan pada tahun 2002, bermula dari kerjasama rakan-rakan yang bermatlamat untuk berbakti kepada masyarakat. Mengamalkan konsep turun pandang agar sumbangan sampai tepat pada sasaran dan dapat mengumpulkan maklumat yang lebih terperinci untuk tindakan susulan. Telah menganjurkan ribuan misi kemanusian di dalam dan di luar negara, fokus utama adalah pendidikan, ekonomi dan bencana. Berpusat di Serendah, Selangor. Semenjak 2021, Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia telah menjadi salah satu rakan strategik dalam Rakan NADMA. Ditauliahkan sebagai CDA Sanggar Suri kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada tahun 2024.

Three women wearing purple and gray hijabs packing bags of supplies in the back of a vehicle, with a sign that reads 'TERIMA KASIH' in the background, palm trees, and residential houses.
Group of smiling people, including clowns, holding a purple Sanggur Surti banner outdoors

Pengalaman kami

Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam menguruskan dan menganjurkan ribuan misi kemanusiaan dalam dan luar negara sejak tahun 2002. Menjalinkan kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan dan korporat dalam menjayakan pelbagai misi kemanusiaan. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bantuan awal kecemasan bencana, terutamanya dalam bidang Physiology First Aid (PFA). Menjejaki pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk dibantu berkaitan persekolahan dan urusan sambung belajar ke Universiti atau Institusi Kemahiran.

Kelebihan Kami

Mengamalkan konsep turun padang dan menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah berbanding menyampaikannya di pusat pengumpulan bagi memastikan bantuan sampai tepat kepada individu yang sepatutnya. Berkolaborasi dengan agensi kerajaan dan korporat, seperti NADMA, APM, ATM, KKM, KPM, PDRM, JKM dan BOMBA. Juga berkolaborasi dengan agensi korporat dan NGO lain seperti YAYASAN AEON, YAYASAN TM, YAYASAN HASANAH, YAYASAN IKHLAS, PELITAWANIS, TNB, RED A, My Foundation ,Pertubuhan Kasih Neelofa dan banyak lagi. Mempunyai asas kemahiran penyelamatan di air, pengendalian bot, pengurusan bencana, PFA dan seumpamanya.

Group of people waiting in line outside a shop at night, some women wearing headscarves, with store signs and motorcycles in the background.
Group of young people walking up the stairs at a covered outdoor walkway at night, some wearing masks and carrying purple bags.

Misi

Sedia menghulurkan khidmat bakti kepada masyarakat terutamanya kepada golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, orang asli, anak-anak terbiar, OKU, pesakit kronik dan mangsa bencana alam

Visi

Menyebarluas khidmat bakti dalam pelbagai kepakaran demi membantu masyarakat di dalam dan di luar negara

Ikuti Misi Kami