Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia
Universiti Kehidupan Universiti Terunggul di Dunia
24 Tahun Membawa Sinar
Sejak tahun 2002, kami telah berjaya memberi sinar baharu kepada lebih ratusan ribu individu dan keluarga kurang berkemampuan di seluruh Malaysia. Pekara ini tidak dapat direalisasikan tanpa bantuan dan sokongan anda semua. Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia berasa sangat terharu dengan sokongan dan dorongan para penderma sekalian. Semoga Allah SWT melipat gandakan pahala dan melapangkan rezeki para penyumbang.
Puan Norlaili Talib Pengerusi dan Pengasas Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia
Fokus Utama
-Menjejaki pelajar cicir untuk disekolahkan semula -Menghulurkan bantuan berkaitan persekolahan dan pengajian tinggi. -Membantu meringankan beban pelajar di sekolah dan Universiti.
-Menyediakan bantuan asas, suntikan modal & latihan dalam menjana ekonomi -Membantu memasarkan produk asnaf -Mencari pekerjaan yang sesuai untuk asnaf
-Menyediakan bantuan asas kepada mangsa bencana -Menyediakan bantuan sokongan mental kepada mangsa -Membantu membaik pulih kediaman mangsa
-Membantu sebarang program komuniti -Memberikan bantuan tenaga kerja mahir -Merapatkan hubungan NGO dengan masyarakat
Program dan Kempen yang sedang berlangsung
Festival Larian Amal Rentas Bangsa (Festival LARENSA 2026) ini dirangka sebagai satu inisiatif proaktif untuk mempertemukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam satu wadah yang menyatukan elemen sukan, kebudayaan, dan amal kebajikan.
Festival ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi Misi Menara Gading Sanggar Suri Malaysia
Festival LARENSA 2026
Misi Menara Gading Sanggar Suri Malaysia
Melalui inisiatif ini, sumbangan yang terkumpul akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan buat pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Bantu Kami Membawa Sinar
Hubungi Kami
Bersama kita membantu mengubah nasib golongan yang tidak bernasib baik disekeliling kita supaya mereka dapat merasakan keselesaan yang kita rasakan pada hari ini